Tuesday, December 24, 2013

Jangan..

JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf kalau memang Kita bersalah.

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

Monday, December 23, 2013

Dahsyatnya Istighfar 100 Kali Sehari

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim... Saya punya kenalan seorang ustad yang sukses menjadi penolong banyak permasalahan orang. Mulai pingin jodoh, seret rejeki, hingga ingin punya anak. Ternyata saran dia sangat sederhana pada orang-orang tersebut, yaitu membaca ISTIGHFAR minimal 100x sehari...!

Tahukah anda? Istighfar sama juga dengan sedekah. Pahala dan efek yang ditimbulkan dari amalan ini berhubungan erat dengan janji Allah. Allah telah menjanjikan hadiah bagi siapa saja yang membaca ISTIGHFAR. Janji Allah... adalah janji yang PASTI DITEPATI.

Janji Allah pada orang yang senantiasa membaca ISTIGHFAR yang berhubungan dengan rejeki, anak, dan kebahagiaan dunia.

Allah SWT berfirman:

"Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS.Nuh: 10-12).
 

Tahukah anda? Istighfar membuat Allah senang lho, sungguh rugi jika kita tidak mengucapkannya secara rutin setiap hari. Berikut ini sabda Rasulullah saw tentang hal itu.

Rasulullah saw bersabda:

"Sungguh, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan ontanya yang hilang di padang pasir." (HR.Bukhari dan Muslim).

Sabda Nabi Muhammad buat orang yang senantiasa membaca ISTIGHFAR:

Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rizki dari arah yang tiada disangka-sangka," (HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Dengan membaca beberapa uraian di Alquran dan hadist ini, saya sangat yakin dengan kebenaran cerita ustad kenalan saya itu. Bahwa istighfar adalah solusi 1001 masalah kehidupan bagi siapa saja.

Tapi ada satu hal yang harus diingat, istighfar yang diucapkan bukanlah sekedar ucapan belaka. Harus didasari dari hati, merupakan ungkapan taubat dan permintaan maaf atas segala dosa-dosa kita kepada Allah SWT. Dan yang terpenting JANGAN MENGULANG DOSA YANG TELAH...

Semoga artikel ini membawa manfaat dan kebaikan buat kita semua... SELAMAT MENGHADIRKAN SENYUM ILAHI DALAM HIDUP KITA lewat istighfar. Mari sama-sama mengucapkan istighfar minimal 100x sehari, semoga kita menjadi makhluk yang dicintai Allah.

10 Benda Anda Mungkin Pernah Lakukan Dalam Hidup Anda

Soalan & Jawapan Yang Dihadapi Si Pemakai Tudung Labuh

Perkongsian dari sahabat menjawab soalan-soalan biasa yang dihadapi oleh si pemakai tudung labuh :')

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, “pakai tudung tak mestinya baik.. bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Semoga bermanfaat..

Suatu Hari Seorang Suami Pulang Kerja

Suatu hari seorang suami pulang kerja dan mendapati tiga orang anaknya sedang berada di depan rumah. Semuanya bermain lumpur, dan masih memakai pakaian tidur. Bererti semenjak bangun tidur, mereka belum lagi mandi dan belum menukar pakaian.

Si suami melangkah menuju ke dalam rumah. Dia mendapati kotak-kotak bekas bungkusan makanan bersepah di mana-mana. Pintu depan rumah dalam keadaan terbuka.

Setelah dia melewati pintu dan memasuki rumah, masyaAllah, rumah seperti tongkang pecah. Ada lampu yang pecah, ada sejadah yang tertempel dengan gula-gula getah di dinding. Televisyen dalam keadaan terpasang dan dengan pembesar suara pada tahap maksimum. Mainan kanak-kanak bertebaran di mana-mana. Pakaian kotor bertaburan ke seluruh penjuru ruangan.

Dapur? Ooooh di dalam sink penuh dengan piring kotor. Sisa makanan pagi masih ada di atas meja makan. Pintu dapur terbuka lebar.

Si suami naik ke tingkat atas. Dia melangkah mainan kanak-kanak yang berselerakan itu. Dia memijak pula pakaian yang berselerakan tersebut. Si suami cuba mencari isterinya, siapa tahu ada masalah serius dengannya.

Pertama sekali dia dikejutkan oleh air yang melimpah dari bilik air, semua tuala berada di atas lantai dan basah kuyup. Sabun telah berubah menjadi buih. Cermin penuh dengan contengan lipstik. Si suami bergegas ke bilik tidur, dia dapati isterinya sedang baring-baring sambil membaca komik!

Melihat aksi panik si suami, si isteri memandang kepadanya dengan tersenyum. Dengan penuh kehairanan si suami bertanya, “Apa yang terjadi hari ini wahai sayangku?!”.

Sekali lagi si isteri tersenyum seraya berkata, “Bukankah setiap kali pulang kerja abang bertanya dengan penuh tidak puas hati, ‘Awak buat apa kat rumah hari ini wahai isteriku?’, bukankah begitu wahai suamiku tersayang?!”

“Betul” jawab si suami.

“Baik” kata si isteri, “Hari ini, saya tidak melakukan apa yang biasanya saya lakukan, semoga dengan itu abang tahu apa yang selama ini saya buat di rumah”.

Mesej yang ingin disampaikan adalah:

1. Penting sekali untuk semua orang memahami, bahawa orang lain bermati-matian dalam menyelesaikan tugasnya, dan betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang lain itu agar kehidupan ini tetap berjalan lancar....

2. Dan agar kita tidak menganggap bahawa kitalah satu-satunya orang yang berkorban, menanggung derita, menghadapi kesulitan dan masalah serta menyelesaikannya.....

3. Dan jangan anggap bahawa orang-orang yang ada di sekelilingnya, yang nampak santai, dan diam, jangan dikira bahawa mereka tidak mempunyai sumbangan apa-apa....

4. Oleh kerana itu, hargailah jerih payah dan sumbangan orang lain dan jangan melihat dari sudut pandang yang sempit.....

Friday, December 20, 2013

Sunday, December 15, 2013

 
Happy Cat Kaoani