Wednesday, November 27, 2013

Mimpi Seram

Soalan: Bila terjaga dari mimpi seram ketika tidur, apa patut dibuat?

Ustaz Azhar Idrus:

Bila terjaga dari mimpi seram atau menakutkan ketika tidur, samada mimpi hantu, mimpi dikejar harimau, mimpi kaki terlekat di celah rantai motorsikal, dan sebagainya, apa yang Nabi ajar ialah baca Ta'awwuz***, kemudian ludah 3x ke kiri. Tapi kalau ada isteri di sebelah kiri, jangan ludah air liur ke muka isteri pulak, nanti dia pulak naik hantu!

Bila meludah, hanya buat isyarat meludah sahaja, tak perlu ludah sampai bersembur air liur.

Mimpi seram ini sebenarnya adalah gangguan syaitan. Syaitan bukan saja mengganggu kita masa kita sedar, tapi masa kita tidur juga iaitu melalui mimpi. Tujuannya ialah supaya kita menjadi susah hati, risau, dsb. Sebab itu Nabi suruh kita baca Ta'awwuz minta berlindung dengan Allah daripada syaitan laknatullah.

______________________________________
*** Ta'awwuz = Auzubillahi minassyaitonirrajiim.

No comments:

 
Happy Cat Kaoani