Cahaya Wajah Nabi Muhammad SAW
Telah diriwayatkan dari Siti Aisyah Radiyallahuanha, bahawa ia telah berkata : "Ketika aku sedang menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam..
Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata :
"Ya Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu..??
Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."..
Allahumma shalli 'ala saiyyidina Muhammad..
No comments:
Post a Comment