Thursday, January 23, 2014

Mutiara Kata


  • Makbul tak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Jangan pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa.
  • Wanita Muslimah JANGAN terlalu obses bercantik dalam mengayakan tudung CANGGIH di luar rumah. Kelak nanti bila berkahwin, suami SURUH BERTUDUNG CANGGIH sepanjang waktu di dalam rumah kerana..'kureng' cantik tanpa tudung canggih. Besederhananlah dalam memilih hijab diri di luar rumah. Cantikkan HATI dan DIRI di dalam rumah agar isi rumah LEBIH tenang melihatmu, bukan orang luar..
  • Tugas anda adalah mengajak orang lain kepada kebaikan dan anda berusaha memperbaiki diri. Bukan dengan alasan belum dapat memperbaiki diri dan anda berhenti mengajak orang lain berbuat baik. Yang tidak boleh dibuat semua, jangan ditinggal semua.
  • Kita tolong orang lain, InsyaAllah Allah akan tolong kita balik. Ikhlaskan diri demi Allah. Sama sama kita tarbiyah diri sendiri.
  • Jangan menilai seseorang berdasarkan masa lampau. Tetapi lihatnya pada hari ini. Setiap orang mampu berubah. Malah jauh lebih baik dari apa yang kita sangkakan.
  • Daripada Abu Hurairah R.A. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, adakah dari sumber yang halal ataupun haram."
  • Hidup di dunia ini sebagai hamba yang lemah akan sentiasa di uji Allah. Syukur, sabar & berdoa kerana semuanya adalah yang terbaik datang dari Nya... Selepas hujan akan datang pelangi..
  • Jangan pelik tengok orang berniqab, berjubah dan bertudung labuh.. Tapi.. Peliklah tengok mereka yang mendedahkan aurat.. Mereka tahu wajib menutup aurat..Tapi mereka still tak nak tutup..!!

No comments:

 
Happy Cat Kaoani