Tuesday, January 28, 2014

10 Tips For Parents

Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzakh nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh.

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

~ Dipetik dari Prof. Dr. Muhaya

Friday, January 24, 2014

Thursday, January 23, 2014

Mutiara Kata


  • Makbul tak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Jangan pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa.
  • Wanita Muslimah JANGAN terlalu obses bercantik dalam mengayakan tudung CANGGIH di luar rumah. Kelak nanti bila berkahwin, suami SURUH BERTUDUNG CANGGIH sepanjang waktu di dalam rumah kerana..'kureng' cantik tanpa tudung canggih. Besederhananlah dalam memilih hijab diri di luar rumah. Cantikkan HATI dan DIRI di dalam rumah agar isi rumah LEBIH tenang melihatmu, bukan orang luar..
  • Tugas anda adalah mengajak orang lain kepada kebaikan dan anda berusaha memperbaiki diri. Bukan dengan alasan belum dapat memperbaiki diri dan anda berhenti mengajak orang lain berbuat baik. Yang tidak boleh dibuat semua, jangan ditinggal semua.
  • Kita tolong orang lain, InsyaAllah Allah akan tolong kita balik. Ikhlaskan diri demi Allah. Sama sama kita tarbiyah diri sendiri.
  • Jangan menilai seseorang berdasarkan masa lampau. Tetapi lihatnya pada hari ini. Setiap orang mampu berubah. Malah jauh lebih baik dari apa yang kita sangkakan.
  • Daripada Abu Hurairah R.A. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, adakah dari sumber yang halal ataupun haram."
  • Hidup di dunia ini sebagai hamba yang lemah akan sentiasa di uji Allah. Syukur, sabar & berdoa kerana semuanya adalah yang terbaik datang dari Nya... Selepas hujan akan datang pelangi..
  • Jangan pelik tengok orang berniqab, berjubah dan bertudung labuh.. Tapi.. Peliklah tengok mereka yang mendedahkan aurat.. Mereka tahu wajib menutup aurat..Tapi mereka still tak nak tutup..!!

Jom Selawat :)

Wednesday, January 22, 2014

Tips Bercakap Dengan Anak




InsyaAllah anak-anakku sayang.. <3 p="">

Tuesday, January 21, 2014

Monday, January 20, 2014

KENAPA ALLAH TAK MAKBULKAN DOA AKU?


Sahabat... Berdoa itu perlu tatatertib. Berdoa itu perlu sabar. Berdoa itu perlu istiqamah. Berdoa itu perlu yakin. Dan yang penting, berdoa itu harus SOPAN!

Hilangkan segala kegusaran! Jangan bimbang dengan ketentuan-Nya sama ada berlaku cepat atau lambat. Kerana cepat atau lambat suatu doa untuk diperkenankan-Nya, semuanya mengandungi hikmah tersendiri.

Apa yang wajib bagi kita bagi kita sebagai seorang hamba, adalah sentiasa bersangka baik kepada ketentuan ALLAh. Yakin lah!! Apa yang telah ditentukan oleh ALLAh kepada kita, maka itulah yang terbaik buat diri di dunia dan akhirat.

Keyword: Sabar Berdoa dalam Berusaha!

Bila kita berdoa dengan penuh yakin bahawa ia akan dimakbulkan oleh Khaliq, maka DIA akan permudahkan langkah kita untuk seterusnya. InsyaAllah bi iznillah.

His Majesty During Maulid Nabi 1435H


DOA UNTUK IBU BAPA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah, Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Friday, January 17, 2014

Thursday, January 16, 2014

Mutiara Kata

Tawakal itu dimulai sejak niat & diakhiri setelah kerja keras

Jika percaya Akhirat akan datang mengapa tak kau siapkan untuk menyambutnya?

Jangan bersedih bika kebaikanmu tidak dihargai manusia,
bukankah yang kita cari adalah keredhaan Allah?

Jika egomu semakin tinggi maka rendahkanlah dengan sujudmu

Rasa syukur itu kadang tertutup oleh permintaanmu yang berlebihan

Ya Allah, Engkau kurniakan kami rasa sakit hati kerana perbuatannya,
kami mensyukuri cubaan ini, semoga ini membuat kami menjadi orang yang lebih kuat & lebih sabar,
semoga ini menjadi jalan untuk Engkau ampuni dosa kami & semoga orang yang telah dizalimi kami Engkau sedarkan, Engkau perbaiki & Engkau berkahi hidupnya

Ujian & Azab

Ada sesetengah orang, hidupnya sempit berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun kahwin masih hidup susah dan melarat, nak kata pemalas tidak juga, kerjanya kuat, dari pagi sampai ke tengah malam, tapi rezekinya tetap tidak bertambah-tambah, hutangnya keliling pinggang. Cuba berniaga, 10 kali cuba, 10 kali lingkup..

Mengapa ya? Adakah ini dinamakan ujian hidup?

Menurut Ustaz Yusuf Mansur, di dalam hidup ini ada 2.... Pertama di panggil "ujian" dan kedua ialah "azab" yang Allah berikan.

Jika "Ujian", ubatnya adalah "SABAR". Dengan sabar, insyallah kita akan dapat mengharungi ujian tersebut dan akhirnya, pasti kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Ujian ini tidak lama, selalunya sekejap sahaja.. Mungkin 1-2 tahun, paling lama pun mungkin 7 tahun. (Nabi Ayub adalah nabi yang paling sabar di uji Allah dengan penyakit kulit selama 7 tahun).

Tapi, jika sudah 10, 15 atau 20 tahun hidup, tapi kehidupannya tak pernah nak senang, rezekinya sempit sentiasa.. Boleh jadi, ianya bukan lagi "ujian", tetapi "azab".

Azab dari Allah, disebabkan dosa-dosa besar yang mungkin pernah dilakukan. Antara 10 dosa besar yang menghalang rezeki Allah ialah..

1. Syirik (mensekutukan Allah SWT.)
2. Meninggalkan solat wajib
3. Derhaka kepada orang tua
4. Zina
5. Memakan rezeki haram
6. Minum arak
7. Memutus tali silaturrahim
8. Bersaksi palsu (bohong, dusta)
9. Kedekut (tidak mahu sedekah)
10. Ghibah (menceritakan aib orang lain)

Cara untuk melepasi dari situasi azab ini bukanlah dengan cara "SABAR".. Tetapi dengan cara "TAUBAT".

Buatlah solat sunat taubat selalu..

Insyallah, jika kita benar-benar bertaubat.. Allah akan ampuni segala dosa-dosa kita, dan selepas itu, barulah pintu rezeki akan dibuka seluas-luasnya kepada kita.

Wallahhuallam...

Rasulullah SAW




Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H


Ya Nabi Salam ’Alaika
Ya Rasul Salam Salam ’Alaika
Ya Habib Salam ’Alaika Sholawatullah ’Alaika
Ya Nabi Salam ’Alaika
Ya Rasul Salam Salam ’Alaika
Ya Habib Salam ’Alaika Sholawatullah ’Alaika

Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nurun Fauqo Nuuri
Anta Iksirun Wagholi
Anta Misbahush Misbahush Shuduri

Ya Habib Salam ’Alaika Sholawatullah ’Alaika

Ya Habibi Ya Muhammad
Ya ’Arusal Khofiqoini
Ya Muayyad Ya Mumajjad
Ya Imamal Qiblataini

Ya Habib Salam 'Alaika Sholawatullah ’Alaika

YA HABIBI.... YA MUHAMMAD...



30 Perkara Yang Perlu Dijauhi Oleh Seorang Wanita

Sunday, January 12, 2014

Wahai Rasulullah

Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

Wahai Rasulullah,

Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,

Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,

'Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,

Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,

Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...

Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,

Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,

Wahai Rasulullah,

Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,

Wahai Rasulullah,

Belas Allah kami harapkan,
Moga, tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.

Nukilan
Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Mutiara Kata

  • “Masuki rumahmu dengan memberikan salam walaupun tiada orang dirumah dan bacalah surah al-Ikhlas.” - Al-Habib Kadzim As Saggaf
  • Apa maksud rezeki yang berkat? Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus.
  • Apa maksud rezeki yang berkat? Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus.
  • Dari Bara' bin Azib r.a : Ketika hendak tidur Rasulullah saw selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan beliau dan berdoa 'Rabbi qiniy adzaabaka yama tab'a-tsu 'ibaadaka (Ya Rabb, lindungilah aku dari azab-Mu pada hari ketika engkau membangkitkan hamba-hambaMu |dari kubur|) (Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Nasa'i) Sahih al-Tirmidzi
  • Dalam kehidupan ini, memang akan ada masanya kita tergelincir, terjatuh. Namun selagi ada nyawa, masih ada masa untuk naik kembali. Hargai peluang itu, dengan tidak berputus asa dari rahmat Ilahi.
  • Bila Tuhan tak beri apa kau minta, bersyukurlah. Dia tahu kau tidak mampu menanggung keperitan bila hal itu tidak seperti yang kau sangka. Dia kenal kau, dan hati kau, lebih dari kau kenal diri kau sendiri.
  • Ya Allah... Anugerahkan kekuatan agar tidak mudah berasa jemu dan berputus asa bagi bermujahadah menjadi lebih baik. Ameen...
  • "Sesungguhnya seorang mukmin apabila berjumpa seorang mukmin lalu dia memberi salam kepadanya serta berjabat tangan dengannya maka gugurlah dosa-dosa seperti gugurnya daun yang kering". (Riwayat Imam At-Tabrani)

Amalan Sunnah Yang Tidak Diketahui (Garam)

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya. Dari Anas Bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ."

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.

Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajianMerendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya..

Mari Mengenal Rasulullah

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah as-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)[anak tiri Rasulullah]

Saturday, January 11, 2014

Amalan Yang Boleh Dilakukan Oleh Wanita Ketika Sedang Haid

Pertanyaan Di Alam Kubur

Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.
Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku

Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu dini. Islam agamaku

Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku

Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku

Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku..

Jawabannya sangat sederhana bukan?
Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?

Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.

Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.

Astaghfirullahal 'Adzim..
Ampunilah kami Ya Allah..
Kami hanyalah hamba-Mu yang berlumur dosa dan maksiat..
Sangat hina diri kami ini di hadapan-Mu..
Tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirah-Mu..
Sementara kami selalu melanggar larangan-Mu..

Ya Allah...
Izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu..
Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu..
Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus.
Agar kami tidak sesat dan tersesatkan...

Friday, January 10, 2014

What To Say When One Sneezes


Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "If anyone of you sneezes, he should say 1. Alhamdulillah (Praise be to Allah), and his (Muslim) brother or companion should say to him, 2. Yarhamukallah (May Allah have mercy on you). When the latter says 'Yarhamukallah', the former should say, 3. Yahdikumullah Wayuslihu Baalakum (May Allah give you guidance and improve your condition)" (Bukhari)

About Kids :)





Anak-Anak Rasulullah SAW

Thursday, January 9, 2014

Facebook Photos




Cant Update Photos

In order to select an item from your online storage, please sign in.

An error occurred while trying to save or publish your post. Please try again. Dismiss

Wednesday, January 8, 2014

KASIHNYA ALLAH PADA WANITA

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi 'isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah 'husband' manakala perkataan untuk isteri ialah 'wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah 'mari' manakala perkataan 'femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza 'zaujuh' dan 'zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu 'zaujuh' yang bermakna 'pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Tuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut 'kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

NAJIS KHINZIR

Seseorang bimbang bekas atau pakaiannya terkena najis khinzir. Apakah yang harus dilakukannya?

Jawapan: Pertama; kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Sekadar rasa macam terkena belum wajib untuk dicuci. Jika dia ingin mencuci kerana sangkaan itu, itu pilihan sendiri.
Kedua; pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab. Sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air sehingga hilang kesan tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting hilang kesannya. Tiada dalil pun yang menyatakan khinzir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah. Apa yang ada dalil wajib basuh jilatan anjing sebanyak tujuh kali dan satunya dari air tanah. Mazhab al-Imam al-Syafii mengkiaskan babi seperti anjing dalam hal ini.

Namun pendapat yang menyatakan khinzir dibasuh seperti najis lain bukan seperti anjing, iaitu tidak memerlukan air tanah, hanya memadai sehingga hilang kesan sahaja, pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri –walaupun ini berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab tersebut.

Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i (meninggal 780H): “Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak”. (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga memudahkan kita berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapalterbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim.

Dr MAZA

Saturday, January 4, 2014

Menaiplah Kerana ALLAH

Taiplah satu ayat yang boleh memberi kesan kepada seorang, Jika tidak mampu menaip satu perenggan yang boleh memberi kesan kepada sekampung, Sekurang-kurangnya tulis sesuatu perkara yang boleh beri peringatan setiap hari, kerana saham amalan yang diamalkan oleh mereka akan sampai kepada kita walaupun kita telah MENINGGAL DUNIA BERTAHUN LAMANYA.

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara;
Sedekah jariah,
atau ILMU yang memanfaatkan,
dan doa anak yang soleh”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

~~ tangan menaip, otak berfikir, hati berzikir, lidah berzikir ~~

Sesungguhnya Mukmin itu beruntung... kenapa ??

kerana hanya dengan mengingati Allah hati dan seluruh jasad itu akan TENANG

"Indah jasad ciptaan Ilahi,
Suci hati berbunga iman,
Pantulan cinta dari Ilahi,
Tanda diri ditemani Tuhan"

"Tenang damai mencipta langkah,
Keluh kesah jadi sejarah,
Zuhud diri menjaga akidah,
Kerana tawadduk itu sunnah"

Subhanallah, Alhamdulillah, wa Laa ila ha illaAllah, Allahu Akbar..

Doa Seorang Isteri

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Ya Allah Tuhanku...
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku
Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran
Menerima segala ketentuanMU
Seandainya telah kau tuliskan Ianya sementara
Kau berikanku ketabahan menjalani kehidupan ku yang seterusnya
Bersama Anugerah Yang kau berikan
Dan.. Kau jadikanlah Aku
Insan yang sentiasa bersabar & redha dengan segala dugaanMU
Dan..
Andai kau masih beri kesempatan itu..
Aku mohon..
Kau lindungilah kami.. dan Permudahkanlah Urusan Kami
Ku Berserah PadaMU Ya Allah..

Amin Ya Rabbi Allamin..

Tahun 2014 Masehi



 
Happy Cat Kaoani